Pages

Search This Blog

Tuesday, September 7, 2010

Program "Menggapai Sinar Impian"


7 & 8 Ogos 2010 – Satu Program motivasi iaitu “ Menggapai Sinar Impian” telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II. Seramai 94 orang pelajar dan 14 fasilitator ( tingkatan 6 ) telah mengikuti program motivasi ini. Program ini telah dikendalikan oleh Mahasiswa/i Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling Semester 5 Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengambil Kursus Pengurusan dan Konsultasi Sekolah. Program ini telah mendedahkan tips-tips yang penting bagi menjadi pelajar yang bermotivasi dan mempunyai ciri-ciri kepemimpin yang tinggi. Peserta program ini juga telah didedahkan dengan modul-modul yang boleh memberi kesan dan impak yang kuat kepada mereka. Peserta program ini merasakan program ini penting bagi mereka menjalankan tugas sebagai seorang pelajar yang bermotivasi di mana mereka akan dan boleh memberi sumbangan kepada sekolah dalam akademik dan disiplin yang cemerlang.