Pages

Search This Blog

Tuesday, September 7, 2010

Program "Menggapai Sinar Impian"


7 & 8 Ogos 2010 – Satu Program motivasi iaitu “ Menggapai Sinar Impian” telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II. Seramai 94 orang pelajar dan 14 fasilitator ( tingkatan 6 ) telah mengikuti program motivasi ini. Program ini telah dikendalikan oleh Mahasiswa/i Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling Semester 5 Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengambil Kursus Pengurusan dan Konsultasi Sekolah. Program ini telah mendedahkan tips-tips yang penting bagi menjadi pelajar yang bermotivasi dan mempunyai ciri-ciri kepemimpin yang tinggi. Peserta program ini juga telah didedahkan dengan modul-modul yang boleh memberi kesan dan impak yang kuat kepada mereka. Peserta program ini merasakan program ini penting bagi mereka menjalankan tugas sebagai seorang pelajar yang bermotivasi di mana mereka akan dan boleh memberi sumbangan kepada sekolah dalam akademik dan disiplin yang cemerlang.

Monday, July 19, 2010

BIJAK MENANGANI STRESS

Punca-punca Stress Pekerjaan
  1. objektif dan struktur organisasi yang kurang jelas
  2. perkembangan kerjaya, status dan gaji yang tidak memuaskan
  3. peranan yang berkonflik
  4. tugas yang membosankan dan tidak bermakna
  5. kerja yang terlalu banyak atau terlalu sedikit
  6. waktu bekerja yang terlalu panjang dan tidak anjal
  7. kurang sokongan daripada rakan sekerja atau pihak atasan
  8. konflik interpersonal
  9. konflik diantara tuntutan kerja dan rumah

Langakh-langkah menangani Sress Pekerjaan

1. tingkatkan sokongan sosial ditempat kerja
  • menjalinkan tali persahabatan sesama rakan sekerja
  • berkongsi masalah dengan mereka yang boleh dipercayai
2. praktikkan pemikiran yang rasional dan positif
pemikiran, kepercayaan atau perasaan yang negatif atau tidak rasional kerap kali menyebabkan salah faham. sekiranya keadaan ini berlaku :
  • jangan biarkan salah faham menjejaskan perasaan dan tindakan anda
  • pastikan tafsiran anda tentang sesuatu situasi sepadan dengan fakta
  • gantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif dengan keterangan yang lebih munasabah
3. berkomunikasi secara berkesan
  • jadilah pendengar yang baik
  • berkomunikasi secara asertif
  • luahkan pendapat anda secara jelas, tepat dan tegas
  • hormati pandangan orang lain
  • gunakan fakta dan bukannya mengikut perasaan
4. tangani kritikan dengan baik
  • apabila anda dikritik-bertenang dan tentukan apa yang anda boleh percaya
  • sekiranya kritikan itu bersifat membina dan benar cuba terima dan ambil langkah sewajarnya
  • sekiranya kritikan itu tidak benar dan menyinggung perasaan anda dapatkan lebih maklumat dan betulkan tanggapan yang salah itu
5. tangani kemarahan secara berkesan
  • berhenti-akui bahawa anda sedang marah dan cuba bertenang
  • berfikir-rancang fikiran anda
  • bertindak-gunakan daya tindak yang berkesan
6. atasi masalah dengan berkesan
  • jika anda anggap sesuatu itu boleh diubah gunakan teknik IDEAL
  • I : kenalpasti masalah (identify the problem)
  • D : huraikan pilihan yang ada (describe possible options)
  • E : nilaikan akibat setiap pilihan (kelebihan dan kelemahan) (evoluate pros and cons)
  • A : bertindak berdasarkan pilihan yang baik (act based on the best possible action)
  • L : belajar dan semak semula (learn)
jika anda menganggap sesuatu situasi itu tidak boleh diubah, kendalikan emosi anda secara positif dengan berkongsi perasaan dengan orang yang dipercayai, berdoa dan lain-lain.

7. Praktikan pengurusan masa dengan berkesan
  • akuilah anda hanya ada 24jam sehari
  • senaraikan tugas-tugas anda dan utamakan mengikut kepentingan dan keperluan
  • delegasikan tugas anda secara berkesan
8. Amalkan cara hidup sihat
  • bersenam selalu
  • makan secara sihat
  • tidak merokok
  • luangkan masa untuk beriadah dan berekreasi (muzik, meditasi dan lain-lain)


WUDUK


  1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
  2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
  3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini". Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .
  4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .
  5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
  6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
  7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
  8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat" Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah. Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Hantar e-mail ini kepada rakan-rakan yang lain. Ikhlas kerana Allah.





PERKARA-PERKARA YANG MEMBUATKAN KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA




  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
  • Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
  • Selalu makan makanan yang panas2
  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
  • Selalu minum air masak
  • Selalu makan ulam2
  • Selalu mengamalkan pandangan hijau
  • Selalu bersenam
  • Selau menggunakan imajenasi otak
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  • Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
  • Jangan ego
  • Jangan dengki pada orang lain
  • Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan makan makanan yang ada pewarna
  • Jangan makan makanan yang ada pengawet
  • Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  • Jangan mandi selepas 9.00malam

......dan yang paling penting dibawah ini........ selamat beramal.....

  • Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka.
  • Kalau tertidur lain cerita.
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
  • Makruh kerana ia membahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
  • Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
  • Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
  • Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
  • Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
  • diselaputi dosa.
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
  • bila-bila masa.
  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
  • kalau memang kita bersalah.
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita
  • hilang bahagia.
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
  • Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur
  • dan memurahkan rezeki kita.
  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
  • menghilangkan kasih orang kepada kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama
  • dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
  • ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
  • Jangan biarkan SAJE ilmu ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


(Surah Al-Ahzab:71)





KONGSI PERASAAN ANDA


perasaan seseorang boleh berubah-ubah. adakalanya gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. masalah timbul apabila perasaan ini tidak dapat dikawal. anda perlu mencari jalan penyelesaian yang efektif untuk menangani masalah tersebut.

kenapa seseorang memendam perasaan?
  • malu
  • takut menjadi bebanan kepada orang lain
  • terlalu peribadi untuk dibincang
  • berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
  • bimbang akan reaksi orang lain
  • berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami
  • takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
  • berfikir perasaan hanya masalah kecil
bagaimana mengendalikan perasaan anda?
  • ketahui perasaan anda
  • luahkan perasaan anda
  • dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda
  • kongsi perasaan anda dengan pasangan hidup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, doktor, kaunselor, dan anggota kesihatan
kebaikan yang diperolehi apabila anda berkongsi perasaan
  • anda merasa lega
  • mengurangkan stress anda
  • anda kan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
  • anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan
  • masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri anda